nuffnang

Monday, August 23, 2010

Cecair Pencuci Pinggan - CPPPM

Keterangan mengenai bahan-bahan:• SLES (sodium lauryl ether sulphate) Asas pembersih bagi CPPPM.
• CDE (coco diethyl ether) bahan pemekat supaya CPPPM itu pekat.
• LABS (linear alkylnebenzene sulphonate) bahan untuk membuang sisa minyak dari pinggan mangkuk.
• Soda ssh (sodium carbonate) pengembang daki dan kelodak yang melekat pada pinggan mangkuk.
• Sodium bernzoate preservatif supaya tahan lama atau tidak busuk.
• Lemon lime oil + propylene glycol haruman limau bukan limau asli. Ia tidak boleh digunakan untuk membuat bahan minuman/makanan.

1. Lemon lime oil hendaklah dibancuh
dengan propylene glycol terlebih dahulu; jika tidak, adunan akan menjadi keruh.

2. Pewarna ini tidak boleh digunakan untuk mewarnakan minuman/makanan. Adunan hendaklah diputar menggunakan mesin mixer atau blender.

3. SLS (Sodium lauryl sulphate) digunakan mengikut keperluan jika ingin CPPPM itu lebih banyak buihnya.

Bahan (Formula):
Air bersih 2 liter
SLES 100g
SLS 15g
LABS 10g
Soda ash 10g
Sodium benzoate 10g
Lemon lime oil (1 bahagian lemon lime dibancuh dengan 2 bahagian propylene glycol) mengikut keperluan
Pewarna mengikut keperluan
CDE 130g

AWAS!!!
LABS dan adalah bahan aktif panas. Elakkan bahan-bahan ini terkena tangan kerana bagi kulit yang sensitif, kulit akan terasa panas atau mungkin mencedera kulit!

Cara memproses CPPPM:
1. Bancuh 100g SLES dengan 2 liter air bersih; kacau sehingga ia larut betul.

2. Masukkan 15g SLS, kacau sehingga ia betul-betul larut.

3. Masukkan 10g soda ash dan kacau sehingga larut betul

4. Masukkan 10g sodium bernzoate dan kacau sehingga larut betul.

5. Masukkan pula 25g LABS dan kacau sehingga larut betul.

6. Bancuhkan serbuk pewarna dengan sedikit air dan masukkan ke dalam adunan; kacau (warna mengikut tahap yang diperlukan).

7. Masukkan pula lemon lime oil yang terlebih dahulu dibancuh dengan PG (propylene glycol); kacau adunan hingga sebati.

8. Masukkan 130g CDE dan kacau sehingga adunan menjadi pekat. Masukkan 10g garam biasa sambil adunan dikacau sehingga menjadi pekat.

Setelah pekat, jangan ditambah lagi garam biasa. Jika ditambah lagi, adunan akan menjadi cair semula. Jika ingin tambah pekat, tambah saja lagi CDE.

Berhenti mengacau dan letakkan baldi/besen yang mengandungi adunan ke satu tempat yang selamat serta ditutup supaya tidak dimasuki habuk.

Biarkan dan jangan diganggu/dikacau lagi supaya semua buihnya hilang sendiri. Jika dikacau, buihnya akan
timbul semula.

Jika sekiranya disebabkan oleh perkara tertentu, adunan tidak mahu pekat, gunakan CMC bagi memekatkannya. Serbuk CMC ini hendaklah terlebih dahulu dibancuh dengan air supaya ia kembang seperti gam atau kanji yang pekat jernih; di dalam satu bekas lain.

Masukkan gam CMC ini ke dalam adunan dan dikacau adunan sehingga adunan pekat.

Menggunakan CMC sebagai pemekat ada kelemahannya kerana pengguna akan dapati produk ini meninggalkan kepingan kering pada lelehan di sekitar mulut botol yang digunakan.

Nota:

• Peraturan membancuh adunan mestilah mengikut susun atur seperti di atas. Pastikan setiap bahan yang dimasukkan itu betul-betul larut terlebih dahulu sebelum dimasukkan bahan yang berikutnya.

• CDE hendaklah dimasukkan akhir sekali kerana jika dimasukkan lebih awal, ia akan menjadikan adunan berwarna keruh. Sekiranya ia tidak cukup menjadikan adunan itu pekat, barulah digunakan garam biasa, yang menjadi pemangkin atau pembantu supaya ia boleh pekat. Berlebihan menambah garam biasa akan menjadikan adunan yang sudah pekat itu, kembali menjadi cair.

• Lemon lime oil jika dimasukkan berlebihan akan juga menjadikan adunan berwarna keruh. Bagi mengelakkan lemon lime oil sebagai punca adunan menjadi keruh, itulah sebabnya ia perlu dibancuh terlebih dahulu dengan PG (propylene glycol) (iaitu 1 bahagian Lemon Lime dan 2 bahagian propylene glycol).

• Soda ash jika digunakan berlebihan akan menjadikan adunan berwarna keruh. Jika tiada soda ash, gantikan dengan sodium metasilicate. Kelebihan menggunakan sodium metasilicate ialah ia tidak menyebabkan adunan menjadi keruh.

1 comment:

  1. salam..dimana hendak dapatkan semua bahan mentah itu...thanks banyak2..

    ReplyDelete